Tuesday 25 December 2012

Exam Oh Exam

     Bila terdengar pasal exam otak aq da mula nak bebal sana sini. Bukan apa, otak aq nie terlampau dimanjakan. Tapi bila musim exam semakin dekat dia akan meragam coz kne selalu run untuk kechup segala khazanah ilmu yg telah diajar oleh lecturer. Kalo x study dapat pointer rendah mau nangis aq. So nak xnak aq kena berhempas pulas study jugak.

     Tapi seriously study merupakan aktiviti yang paling aq xsuka & malas lakukan. Selalunya semasa free & musim exam belum tiba, aq akan habiskan masa aq dgn menonton korea, movie, huhahuha sana sini dsb yg x membosankan. Tapi bila nak exam semua benda tu aq terpaksa hold dulu. hahaha. 

     Tapi setakat nie result aq pd setiap sem Alhamdulillah belum pernah bwh 3 pointer lagi. Jadi aq berharap sgt untuk sem nie aq dapat kekal & lonjakkan lagi pointer aq. Xde apa ubat @ pun tips2 special yg aq praktikkan utk skor dalam exam. Tapi apa yg pasti, bila nak study aq akan fokus betul2. Dan kalau aq dah xlarat nak menghadap buku @ da muak baca buku, aq akan relax2 sekejap, cbe tgk tv, dgr lagu dsb..bila mood study da kembali baru aq study lagi. lagi 1, aq nie jenis style xsuka study tgh2 pagi. Sebagai contoh ada certain kawan2 aq yang tido sekejap pastu kunci jam kul 3 pagi semata2 nak bangun study. Kalo aq memang xbangun dah la..kalo kunci jam mcm mana pun msTi xbangun punya tengah pagi2 buta.hehe..

     Last sekali, aq nak request sebijik samsung galaxy tab yg ada s.pen tu..kalo ada msTi senang kan nak study..result pon msTi lagi gempak kot.hehe.

     Kla, nak sambung study ckit lagi..bye2..take care guys..Wasalam.

Friday 16 November 2012

Tips Rawatan Rambut Rosak

Assalamualaikum w.b.t kpd all visitor today. Sebelum tu Aq nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada anda semua, andai ada salah dan silap harap dimaafkan. Dan juga terima kasih kepada yang wish bufday saya semalam.. Jadi, memandangkan dah masuk tahun baru dan umur baru, so appearance pon knela baru.haha..so ptg td aq da ker saloon rambut utk merawat masalah rambut yg rosak..jadi arinie aq nak share kat korang mengenai cara rawatan & penjagaan rambut yg rosak. Tips dan rawatan yg aq berikan nie menggunakan cara moden dan korang pon kena berbelanja duit banyak jugaklah utk treatment korang punya rambut. 

     Sebenarnya rambut aq nie dah rosak lama dah, sejak daripada F1 dulu. Tapi aq xpernah amik berat pasal penjagaan rambut. Cukup sahaja shampoo tiap2 hari sedangkan penggunaan shampoo tiap2 hari telah membuatkan rambut aq bertambah rapuh, rosak, dan kering. Gejala rambut rosak nie 1st yg aq dapat kenalpasti ialah rambut akan rasa seperti dawai. Betul x??kalo korang x percaya try cabut rambut korang. Kalau rambut korang tu sekejap nipis sekejap tebal teksturnya itu menunjukkan rambut korang rosak. Jadi ptg td buat kali pertama aq telah mendapatkan rawatan bagi membaiki tekstur rambut aq yang rosak nie di saloon. Jadi, auntie saloon tu telah rekomen kat aq utk dapatkan rawatan rambut rosak yg mana rawatan yg diberikan adalah serum, stim dll. Rawatan ini x termasuk rebonding & x digalakkan utk rebonding sebab ianya akan menyebabkan rambut bertambah rosak. Total rawatan rambut rosak adalah sebanyak Rm50.

     Selepas siap rawatan, auntie saloon td rekemen kat aq 3 produk yg perlu digunakan di rumah utk maintain penjagaan rambut & mmpercepatkan proses healing rambut yg rosak.

3 Produk yg Aq Beli


1)  Shampoo
Shampoo nie berharga Rm 28. Produk of Malaysia but materials from Japan. Dan aq da try guna, memang bagus, bau pon wangi dan yang penting tidak mengeringkan rambut. Bagi those people yg permed or colour hair boleh juga pakai shampoo nie coz shampoo nie dia xkan bleach korang punya kaler & sgt sesuai utk mereka yang rambut kaler + rosak, keringting + rosak @ rosak sahaja. 

2)  Hair Mask

Selepas shampoo, kena pakai hair mask pulak. Harga  Rm34 Made in Japan. Dan cara nak pakai dia pon senang shj, just 1 pump and blend away to ur hair. And let the mask about 5-10 minutes. Lagi lama lagi bagus. Kemudian bilas dgn air sebersih2nya. Selepas tu korang akan rasa rambut korang lembut jer..heheh...

3)  Serum 
Last sekali selepas dah cuci rambut, pakai hair mask pe sume, kemudian pakai pulak serum nie. Serum nie berharga Rm 28 jugak. Same price as shampoo that i told u before. Serum nie sangat penting utk rambut yg rosak. Setiap kali lepas mandi dan setiap hari, korang kena pakai serum nie. Apatah lagi bila keluar rumah, make sure pakai serum nie dulu coz bila rambut korang terdedah kpd matahari without any protection, your hair will become more damaged. Tambah pulak cuaca kat Malaysia nie panas menyengat sampai ke otak, rambut bila terdedah akan menjadi kering dan rosak. Dan diingatkan juga kpd guys and girls yg gemar apply gel rambut, waxing dsb hold dlu korang punya produk tu. Plz jgn pakai sbb gel rambut, minyak rambut, wax, spray dsb tu sume boleh menyebabkan rambut anda rosak. Auntie saloon tula ckp. Buat masa nie, korang pakai je serum nie dlu. Jgn pakai & campur dgn produk lain sbb ianya akan menyebabkan rambut korang pening lalat dan akan bertmbh rosak..hahaha...melawak ja. Tapi betol xbole pkai bnda lain bila pkai serum nie ok??biar rambut korang heal dulu. Then bila da sembuh pandai2la korang maintain k..

     So, kpd yg mengalami masalah spt aq nie try la pegi saloon tanya dan dptkn rawatan utk rambut rosak. Nasihat aq, kalo rambut korang serius sgt rosak baik pegi dptkan rawatan dulu. Jgn bazir duit bli produk kat watson or guardian melainkan korang dah wat kajian dan tau produk yg berkesan utk rambut korg. All The Best..^_~



Sunday 11 November 2012

Herbalife (berat dan jerawat)

Assalamualaikum, jadi hari ni aq nak tulis dan share entry berkenaan dengan Herbalife. Semenjak dua menjak nie produk Herbalife menjadi kegilaan ramai masyarakt Malaysia yang mementingkan kesihatan. Tidak kira golongan tua mahupun muda. 

     But, aq pon tetap terpengaruh dengan  produk nie. So aq pon beli produk Herbalife nie. Saja nak try. Untuk makluman korang sume, Herbalife nie dia bknnya ubat yang mengandungi bahan kimia ke apa. Benda nie mcm nutrisi utk badan korang. Untuk sesape yang rasa pemakanan korang tu kurang nutrisi utk badan korang mcm aq, aq rasa better korg try produk nie bg bdn korg sihat. 

3 produk Herbalife yg Aq beli

     Untuk 3 produk nie cube korg teka berapa harga yg aq dapat??hahah. 3 produk nie kalo korang beli kat luar kalo yg bukan ahli aq rasa dlm 4ratus keatas. Kalo ahli mungkin rm350 camtu. Tapi aq xjadi ahli pon, aq dpt harga rm300. Aq beli kat student USM jgk, dia jadi distributors produk Herbalife. Dia ckp, ngn student dia jual murah, jadi untunglah aq..hehe. So produk yang aq dapat adalah seperti berikut:-

1) Formula One Shake
pagi
Formula 1 shake nie dirumus khas daripada pelbagai buah2an dan sayur2an,protein dan mcm2 lg yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kiranya dia mcm makanan tambahan yang kaya dengan pelbagai kebaikan. Macam Yakult ada pelbagai kebaikan.hahha..Benda nie aq mkn waktu pagi jer. Just amik 2 scoop F1 dan campurkan dengan air dan shake. Nak campur dgn air lain pon bole, cam campur ngn susu, soya pon boleh. Tapi nak campur dgn air coke xbolela..haha..just joking. Tapi yang penting xbole campur ngn air panas coz nutrisinya akan hilang kalo campur ngn air panas. Benda nie aq mkn waktu pagi jer bila nk g kuliah pagi2 malas nk breakfast aq minum nie je tiap2 pagi. Bila minum da rasa kenyang. Lagi 1 aq mmg xsuka breakfast pagi2, kalo mkn mee ke nasi goreng ke comfirm aq akan sakit perut. 

2) Tea Mix Peach
tengahari/petang
Yang nie pulak tea mix peach. Benda nie aq selalu minum waktu tengahari @ petang2. Benda nie bole tahan lama kalo pandai jimat. Kat dlm botol nie da ada sudu kecik yang disediakan untuk kita guna. Xclap aq 1 sudu kecik campur dgn 180ml air panas/sejuk. So bole bertahan around 1bulan keatas. Produk nie fungsi dia utk buang2 toksik dalam badan dan bersihkan usus. Cam aq, kulit muka aq naik jerawat, so bila amalkan minum nie aq dgr distribute Herbalife tu kata berkesan utk merawat kulit berjerawat. Bila pikir2 balik btol jgk coz penyakit nie kadang2 berpunca dari usus kita yg kotor disebabkan makan makanan yang xberkhasiat cm jajan, mknn berminyak+ makanan byk MSG dll. So kita tunggu dan lihat jela ye berkesan ke x. 

3)Aloe Vera
malam
Produk terakhir yg aq dpt adalah aloe vera plus. Produk nie dlm bentuk pil, ada 60 biji pil semuanya, untuk maklumat korang, dulu aloe vera nie dijual dlm bentuk cecair yang dicampur dgn air. Tapi sekarang nie diorg keluarkan dlm bentuk pil bg memudahkan pengguna yang suka travel bwk benda nie. Just mkn sebijik sehari, so bole bertahan selama 2 bulan. Benda nie aq mkn waktu mlm sebelum tido. Fungsi aloe vera nie sama gak ngn tea mix td, utk bersihkan usus kita dan buang semua toksin dalam bdn kita. Jadi aloe vera nie akan memberi kesan positif secara langsung kepada kulit kita utk kelihatan lebih berseri.

     So, kesimpulannya kat sini, produk Herbalife nie mmg bagus utk mereka yang mementingkan kesihatan dalam (inner). Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk luaran (outer), Herbalife juga tetap ada mengeluarkan produk luaran seperti set penjagaan kulit. lagi 1 sebelum aq terlupa, bila korg dah amalkan Herbalife nie, pastikan korg minum banyak air masak bagi mempercepatkan proses membuang lemak2 or toksin dlm badan. Setiap 25kg berat bdn kita, kita kena minum 1liter air. Bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan @ underweight, produk Herbalife is the best product for those yg ada msalah tersebut. Tp korg kena add produk iaitu Formula 3 (protein) utk trun @ tmbh berat bdn. Aq ingt nnT aq nk beli F3 nie coz aq pon underweight jgk. Mcm bini sepupu aq, dia mempunyai masalah overweight. Bila dia dah amalkan Herbalife nie, berat bdan dia da turun sebanyak 4kg dlm masa 2minggu. So korg yg mengalami masalah yg sama, jgn order produk nie secara online pulak, better korg pergi kat pusat jualan Herbalife. Kat sana akan ada coach yg akan memberi nasihat dan berapa jumlah kalori yg korg patut ambil utk kurgkn berat bdn. Kalo xtau makanan tu berapa kalori, minx jer senarai makanan dan jumlah kalori kat coach tu. nnT dia akan bagi senarai makanan dari fast food, nasi, mee, bihun air pe sume berserta kalori. 

GuD LucK.^_~

Monday 15 October 2012

GuDbYe EgO..WeLcOmE 135lc


     Assalamualaikum w.b.t. Sudah agak lama aq xmenulis di entry nie. Bukan xnak menulis, tapi sibuk dengan aktiviti di kampus. Dengan asingment yang berlambak-lambak lagi. Tapi hari nie aq nak tulis skit berkenaan dengan benda yang aq sayang & aq slalu guna utk ulang-alik g klaz dan balik kampung. X lain x bukan pasal motosikal. Ini je yg mampu pon utk org bergelar student cam aq nie. Nak beli kete x mampu. hehehe. Pe yang aq nak cite nie kisah sedih mengenai moto aq.

 niela moto ego aq
comei kan??hehe
walaupon xlaju, tapi tetap memikat hatiku

     Kebahagiaan aq bersama moto nie xkekal lama. Padahal beribu jugak aq melabur moto nie. Tuka itu ini. Dari coverset, taya, bateri, suspension, karbureter, seat, maintainant & mcm2 lg. Korg nak tau apa puncanya aq trade in moto nie??meh nak tunjuk. lihat gambar di bwh:-

benda nie namanya roller. Saja sruh toke kedai cuci2 bagi bersih

Korg nmpk x apa yg aq nmpk??kesan welding kan?

     So, korg da boleh agak x sebab apa aq trade in motor ego nie? sebabnya ditunjukkan dalam gambar di atas la. Bekas welding tu, jadi ini menunjukkan motor yang aq pakai nie penah eksiden. Owner dulu bagi eksiden. Body roller tu patah dia x tukar. Kasi welding jer sampai x pkir keselamatan org yg akan beli moto dia nie. Bila aq nampak je kesan welding nie, toke yang serviskan moto aq nie pon turut terkejut dengan penemuan yg kami jumpa nie. Air muka aq trus jadi mendung & takot. Mana xnya toke tu ckp bahaya. Clap haribulan kalo mse aq drive moto nie, buatnya kesan welding tu patah comfirm2 aq jatuh tergolek atas jalan. Mana xnya, dah besi tu yang nk tampung berat aq, tampung taya & suspension kat blakang. Kalo patah, mungkin taya dan suspension moto aq nie tercabut. Jadi, mengikut nasihat toke kedai moto tempat aq servis moto ego aq nie, dia kata better aq jual jer moto nie. Nak repair pon mahal, baik angkat moto baru jer trus. So aq pon call mak ayah aq mngadu pasal prob moto aq. & diorg bagi green light kat aq utk tuka moto baru..hehehe..:)

Dash repsol

Dash merah biru

     Jadi utk pembelian motosikal yg baru, aq da bercadang2 & berangan2 nak beli honda dash mcm gambar di atas. Sangat sesuai utk perjalanan jauh ulang alik Usm Penang----> Bagan Serai. Harga moto nie pon xmahal. Dalam 5k keatas kalo hutang. So aq dah decide nak angkat moto nie.

     Tapi angan2 aq xkesampaian coz motosikal nie xde kat kedai yang aq survey. Yang ada pon cme model honda dash jenis biasa punya. Bkn yang coverset mcm gamba di atas. Kalo nak pon kena order dan tunggu around 1-2 minggu. Nak tunggu lama2 xboleh coz nak pakai moto sangat2.
     
     So aq decide nak amik yamaha 135lc kaler merah. Esoknya bila dah bwk duit, akhirnya aq diberitahu bahawa moto yg aq aim tu org lain dah booking. Masa tu frust gila aq, coz kaler merah tu ada 1 jepon. Yang lain kaler putih, kaler tu mmg aq xnakla. Kaler yg lawa pon jenis ES yg ada clutch. Tapi aq xkn beli moto tu coz sgt2 mahal. X mampu.....huhuhuh
     
     Masa tgh sedih2 di kedai motosikal tu, ada seorang amoi tunjuk yamaha 135 lc new painting. Kaler nie lain dari yang lain. Motosikal nie tersorok ckit di hujung penjuru kedai. Memang xperasan moto nie. 1st tgk rasa lain coz kaler moto nie x sama dengan kaler lc baru yg kat market sekarang. Mungkin kaler baru kot, skali tgk terus aq jatuh hati...hehehe.

1st look terus jatuh hati

amacam?lawa kan kaler dia...ngeee

Tampak garang dari hadapan

     So pe tunggu lagi, aku pon terus sambarla moto nie sebelum orang lain sambar. Bayar deposit, sain aggrement pe sume, dalam masa 2 hari moto aq siap diproses. Dan pada masa tu kali pertama aq drive awek baru aq nie balik usm penang...kihkih.

     Finally, aq rasa bersyukur sangat dpt moto baru. Special thanks to my parents. Kalo x kerana diorg yang sanggup berkorban wang ringgit kat aq, mungkin aq xdpt merasa pakai moto nie. Tapi ada guna duit aq sndri jgk nk beli moto nie. Aq bkn ank manja sangat...hahhaha.

     Akhir kata, aq selalu berdoa agar moto aq nie selamat. Xjadi mangsa pencuri..huhuh...hrp2 ikhtiar aq pasang kunci2, alarm, suiz keselamatan dsb nya dpt jadi penghalang dari pencuri yg nak curi moto..Amin. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT..WASALAM..=)











Tuesday 8 May 2012

Airplane Model

          Assalamualaikum, hai sume..pe kaba?chat?sebenarnya aku xtau nak cite pe nieh.tapi aku ada 1 story utk di share ngan korang. Untuk pengetahuan korang,aku nie minat sangat2 dengan kapal tebang. Cita2 aku nak jadi pilot,tapi tula. Kita yang rancang,tapi  Allah shj yang tentukan. Aku rasa cita2 aku nak jadi pilot tak kesampaian coz aku sekarang study yang bukan bidang penerbangan. Walaupon impian aku nak jadi pilot takkan tercapai, tetapi aku tetap minat dengan kapal terbang. Buktinya??aku selalu layan cite Aircrash Investigation. Kepada mereka yang ada astro kat rumah tu, boleh try jeling2 kat channel National geografi kat astro. Kat channel tu kekadang ada tunjuk cite pasal aircrash. Korang try tengok. Mesti korang kata syok. Coz kat situ banyak ilmu yang berguna yang korang boleh dapat. Misalnya kita akan dapat tahu sesebuah kapal terbang terhempas disebabkan apa. Kekadang masalah kecik je boleh menyebabkan kapal terbang terhempas. Selain tu, sekarang nie aku ada hobi baru. Baru stat nak kumpul model kapal terbang. Minggu lepas, masa aku berniaga bundle kat expo, kezen aku bagitau ada kedai jual model kapal terbang. Dia bagitau aku sbb dia tau yg aku nie memang minat gila2 dengan kapal terbang. Aku pon pegi kedai tu, dan beli model kapal terbang sebijik.

 model pesawat boeing 777-200








 Malaysia Airlines Freedom of Space


           So inilah kapal terbang yang aku beli..amacam lawa tak??hehehe..harga dia xmahal.Rm 28 jer. Ikut saiz jugak. Yang nie saiz medium. Ada yang saiz lagi kecik lagi, harga dia lagi murah la..kalau yang lagi besar lagi mahalla harga dia..ok!!!!bubye..

Saturday 28 April 2012

GuNuNg JeRaI

          Tanggal ke 27 april,aq bersama rakan2 yg lain mengikuti program Kakusma.iaitu Kumpulan Anak2 Kedah USM Malaysia. Walaupon hakikatnya aq bkn ank kedah, namun demi utk menyokong program member2 aq yg ank kedah aq sggup. okla jgk pegi gunung jerai.sejuk je. Udaranya nyaman & segar. Tapi yg xthnnya masa hiking. Mmg btol2 penat gila. Hiking smpai 3 jam. Jarak perjalanan 30 km.korg bole bygkn btapa jauhnya perjlnn yg tpksa kami tempuhi..dlm seumur hidup aq,aq xpenah lgi jaln 3 jam. Apatah lgi hiking. mmg pancit kot. Tambah plak aq ada asma.huhuhuh.. Tp aq ada spare pam. Kekwn pon rmai yg follow n teman aq. Tkot aq collapsed tgh jalan.hahahah.....


aq dah spare awl2 bnda nie sblm hiking. To stabalize my lung n heart
     

 bersiap sedia utk hiking.Air bwk sbotol je.

 wajah membe smasa baru nk hiking. masa nk grak syumla.dah sparuh jalan muka ketat..hahah

nsib van angkut beg. kalo x,lgi pancit

          Setelah sparuh jln perjlnn, bekalan air ktaorg da abis. Mana taknya,masing2 bwk sbotol air mineral yg 500ml je. Mmgla cpt abs. Ktaorg mmg xthn sgt2 mse tu. Tmbh plak mse mendaki, ktaorg nmpk ada budk turun gunung smbil pegang air oren. Masa tu berpeluh2..dahaga jgn ckpla. Mmg haus sgt2 masa tu. Smasa bjln, aq di blakang. Membe2 didpn tetiba menjerit kata ada air. Aq pon apalagi, lari ar demi air.heheheh. Geng aq bjaya mnemui air bukit. Ktaorg dgn rakusnya meminum air bukit tu dan memenuhkan kmbali botol2 air yg telah 0 dgn air bukit..^_~.

wajah ceria membe2 setelah menjumpai air bukit

          Akhirnya slps bpenat lelah hiking, kami akhirnya smpai ke puncak Gunung Jerai. Mmg lega sgt2. rasa mcm nk tcabut kpala lutut nie.

 meroyan didlm khemah




















bole celup2 kaki jer.xmandi pon

shbt over post










diselimuti kabus





di muzium Gunung Jerai





Photoshoot by aq.lawa x?

nie pon sme




disekitar Gunung Jerai

pemandangan sawah padi dri puncak Gunung Jerai

          So, aq suggest kat sesape yg blom pernah ke Gunung Jerai, korg tryla pergi.ehhehe...try hiking tgk.bole thn ke x. Kalo x malula. Aq yg ada asma nie pon bole pjt Gunung Jerai.hahahah....jom2 cuti2 Malaysia. sekian.Wasalam.


sebelum aq tlupa,aq ada rakam vedio prasaan ktaorg semasa di Gunung Jerai. Saksikn:-




Bloopers:> smasa mjlis pnutup Yb kedah & penolong2nya dtg. part pling takot mse En Zaki tanya dak2 dok kat mana. yg bkn ank2 kedah msing2 mnundukkn kpala.utk mngelakkn diri drpd dtanya. krn mereka ada yg dri ank johor, perak & aq selangor..hahahahha..nsib baik xkantoi.kalo xmalu bsr..bye.