Friday 16 November 2012

Tips Rawatan Rambut Rosak

Assalamualaikum w.b.t kpd all visitor today. Sebelum tu Aq nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada anda semua, andai ada salah dan silap harap dimaafkan. Dan juga terima kasih kepada yang wish bufday saya semalam.. Jadi, memandangkan dah masuk tahun baru dan umur baru, so appearance pon knela baru.haha..so ptg td aq da ker saloon rambut utk merawat masalah rambut yg rosak..jadi arinie aq nak share kat korang mengenai cara rawatan & penjagaan rambut yg rosak. Tips dan rawatan yg aq berikan nie menggunakan cara moden dan korang pon kena berbelanja duit banyak jugaklah utk treatment korang punya rambut. 

     Sebenarnya rambut aq nie dah rosak lama dah, sejak daripada F1 dulu. Tapi aq xpernah amik berat pasal penjagaan rambut. Cukup sahaja shampoo tiap2 hari sedangkan penggunaan shampoo tiap2 hari telah membuatkan rambut aq bertambah rapuh, rosak, dan kering. Gejala rambut rosak nie 1st yg aq dapat kenalpasti ialah rambut akan rasa seperti dawai. Betul x??kalo korang x percaya try cabut rambut korang. Kalau rambut korang tu sekejap nipis sekejap tebal teksturnya itu menunjukkan rambut korang rosak. Jadi ptg td buat kali pertama aq telah mendapatkan rawatan bagi membaiki tekstur rambut aq yang rosak nie di saloon. Jadi, auntie saloon tu telah rekomen kat aq utk dapatkan rawatan rambut rosak yg mana rawatan yg diberikan adalah serum, stim dll. Rawatan ini x termasuk rebonding & x digalakkan utk rebonding sebab ianya akan menyebabkan rambut bertambah rosak. Total rawatan rambut rosak adalah sebanyak Rm50.

     Selepas siap rawatan, auntie saloon td rekemen kat aq 3 produk yg perlu digunakan di rumah utk maintain penjagaan rambut & mmpercepatkan proses healing rambut yg rosak.

3 Produk yg Aq Beli


1)  Shampoo
Shampoo nie berharga Rm 28. Produk of Malaysia but materials from Japan. Dan aq da try guna, memang bagus, bau pon wangi dan yang penting tidak mengeringkan rambut. Bagi those people yg permed or colour hair boleh juga pakai shampoo nie coz shampoo nie dia xkan bleach korang punya kaler & sgt sesuai utk mereka yang rambut kaler + rosak, keringting + rosak @ rosak sahaja. 

2)  Hair Mask

Selepas shampoo, kena pakai hair mask pulak. Harga  Rm34 Made in Japan. Dan cara nak pakai dia pon senang shj, just 1 pump and blend away to ur hair. And let the mask about 5-10 minutes. Lagi lama lagi bagus. Kemudian bilas dgn air sebersih2nya. Selepas tu korang akan rasa rambut korang lembut jer..heheh...

3)  Serum 
Last sekali selepas dah cuci rambut, pakai hair mask pe sume, kemudian pakai pulak serum nie. Serum nie berharga Rm 28 jugak. Same price as shampoo that i told u before. Serum nie sangat penting utk rambut yg rosak. Setiap kali lepas mandi dan setiap hari, korang kena pakai serum nie. Apatah lagi bila keluar rumah, make sure pakai serum nie dulu coz bila rambut korang terdedah kpd matahari without any protection, your hair will become more damaged. Tambah pulak cuaca kat Malaysia nie panas menyengat sampai ke otak, rambut bila terdedah akan menjadi kering dan rosak. Dan diingatkan juga kpd guys and girls yg gemar apply gel rambut, waxing dsb hold dlu korang punya produk tu. Plz jgn pakai sbb gel rambut, minyak rambut, wax, spray dsb tu sume boleh menyebabkan rambut anda rosak. Auntie saloon tula ckp. Buat masa nie, korang pakai je serum nie dlu. Jgn pakai & campur dgn produk lain sbb ianya akan menyebabkan rambut korang pening lalat dan akan bertmbh rosak..hahaha...melawak ja. Tapi betol xbole pkai bnda lain bila pkai serum nie ok??biar rambut korang heal dulu. Then bila da sembuh pandai2la korang maintain k..

     So, kpd yg mengalami masalah spt aq nie try la pegi saloon tanya dan dptkn rawatan utk rambut rosak. Nasihat aq, kalo rambut korang serius sgt rosak baik pegi dptkan rawatan dulu. Jgn bazir duit bli produk kat watson or guardian melainkan korang dah wat kajian dan tau produk yg berkesan utk rambut korg. All The Best..^_~



Sunday 11 November 2012

Herbalife (berat dan jerawat)

Assalamualaikum, jadi hari ni aq nak tulis dan share entry berkenaan dengan Herbalife. Semenjak dua menjak nie produk Herbalife menjadi kegilaan ramai masyarakt Malaysia yang mementingkan kesihatan. Tidak kira golongan tua mahupun muda. 

     But, aq pon tetap terpengaruh dengan  produk nie. So aq pon beli produk Herbalife nie. Saja nak try. Untuk makluman korang sume, Herbalife nie dia bknnya ubat yang mengandungi bahan kimia ke apa. Benda nie mcm nutrisi utk badan korang. Untuk sesape yang rasa pemakanan korang tu kurang nutrisi utk badan korang mcm aq, aq rasa better korg try produk nie bg bdn korg sihat. 

3 produk Herbalife yg Aq beli

     Untuk 3 produk nie cube korg teka berapa harga yg aq dapat??hahah. 3 produk nie kalo korang beli kat luar kalo yg bukan ahli aq rasa dlm 4ratus keatas. Kalo ahli mungkin rm350 camtu. Tapi aq xjadi ahli pon, aq dpt harga rm300. Aq beli kat student USM jgk, dia jadi distributors produk Herbalife. Dia ckp, ngn student dia jual murah, jadi untunglah aq..hehe. So produk yang aq dapat adalah seperti berikut:-

1) Formula One Shake
pagi
Formula 1 shake nie dirumus khas daripada pelbagai buah2an dan sayur2an,protein dan mcm2 lg yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kiranya dia mcm makanan tambahan yang kaya dengan pelbagai kebaikan. Macam Yakult ada pelbagai kebaikan.hahha..Benda nie aq mkn waktu pagi jer. Just amik 2 scoop F1 dan campurkan dengan air dan shake. Nak campur dgn air lain pon bole, cam campur ngn susu, soya pon boleh. Tapi nak campur dgn air coke xbolela..haha..just joking. Tapi yang penting xbole campur ngn air panas coz nutrisinya akan hilang kalo campur ngn air panas. Benda nie aq mkn waktu pagi jer bila nk g kuliah pagi2 malas nk breakfast aq minum nie je tiap2 pagi. Bila minum da rasa kenyang. Lagi 1 aq mmg xsuka breakfast pagi2, kalo mkn mee ke nasi goreng ke comfirm aq akan sakit perut. 

2) Tea Mix Peach
tengahari/petang
Yang nie pulak tea mix peach. Benda nie aq selalu minum waktu tengahari @ petang2. Benda nie bole tahan lama kalo pandai jimat. Kat dlm botol nie da ada sudu kecik yang disediakan untuk kita guna. Xclap aq 1 sudu kecik campur dgn 180ml air panas/sejuk. So bole bertahan around 1bulan keatas. Produk nie fungsi dia utk buang2 toksik dalam badan dan bersihkan usus. Cam aq, kulit muka aq naik jerawat, so bila amalkan minum nie aq dgr distribute Herbalife tu kata berkesan utk merawat kulit berjerawat. Bila pikir2 balik btol jgk coz penyakit nie kadang2 berpunca dari usus kita yg kotor disebabkan makan makanan yang xberkhasiat cm jajan, mknn berminyak+ makanan byk MSG dll. So kita tunggu dan lihat jela ye berkesan ke x. 

3)Aloe Vera
malam
Produk terakhir yg aq dpt adalah aloe vera plus. Produk nie dlm bentuk pil, ada 60 biji pil semuanya, untuk maklumat korang, dulu aloe vera nie dijual dlm bentuk cecair yang dicampur dgn air. Tapi sekarang nie diorg keluarkan dlm bentuk pil bg memudahkan pengguna yang suka travel bwk benda nie. Just mkn sebijik sehari, so bole bertahan selama 2 bulan. Benda nie aq mkn waktu mlm sebelum tido. Fungsi aloe vera nie sama gak ngn tea mix td, utk bersihkan usus kita dan buang semua toksin dalam bdn kita. Jadi aloe vera nie akan memberi kesan positif secara langsung kepada kulit kita utk kelihatan lebih berseri.

     So, kesimpulannya kat sini, produk Herbalife nie mmg bagus utk mereka yang mementingkan kesihatan dalam (inner). Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk luaran (outer), Herbalife juga tetap ada mengeluarkan produk luaran seperti set penjagaan kulit. lagi 1 sebelum aq terlupa, bila korg dah amalkan Herbalife nie, pastikan korg minum banyak air masak bagi mempercepatkan proses membuang lemak2 or toksin dlm badan. Setiap 25kg berat bdn kita, kita kena minum 1liter air. Bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan @ underweight, produk Herbalife is the best product for those yg ada msalah tersebut. Tp korg kena add produk iaitu Formula 3 (protein) utk trun @ tmbh berat bdn. Aq ingt nnT aq nk beli F3 nie coz aq pon underweight jgk. Mcm bini sepupu aq, dia mempunyai masalah overweight. Bila dia dah amalkan Herbalife nie, berat bdan dia da turun sebanyak 4kg dlm masa 2minggu. So korg yg mengalami masalah yg sama, jgn order produk nie secara online pulak, better korg pergi kat pusat jualan Herbalife. Kat sana akan ada coach yg akan memberi nasihat dan berapa jumlah kalori yg korg patut ambil utk kurgkn berat bdn. Kalo xtau makanan tu berapa kalori, minx jer senarai makanan dan jumlah kalori kat coach tu. nnT dia akan bagi senarai makanan dari fast food, nasi, mee, bihun air pe sume berserta kalori. 

GuD LucK.^_~