Saturday 8 February 2014

Vehicle blackbox dash kamera

Alhamdulillah. Tunggu punya tunggu akhirnya abang posmen datang menyerahkan bungkusan pos laju yang aku order kelmarin. Nak tau aku beli apa? nie haaaaaa....
Jeng2..my new gadget








Letih jugak woo nak pasang dan diy sendiri. Wire cas ke cigarette outlet tu aq sorok, yela takkan nak biar wire tu terjuntai kat dasboard. Mengganggu pemanduan kan? 
     
     Vehicle blackbox recorder atau dikenali sebagai dash kamera yang mempunyai prinsip seperti blackbox recorder bagi kapal terbang. Mungkin ada sebahagian dari korang dah tau apa motifnya aku pasang kamera di kereta. Tapi bagi yang taktau tu meh cek nak habaq mai. Sebenarnya tujuan pemasangan kamera dash pada kenderaan adalah bertujuan sebagai eye witness sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kita. Sebagai contoh apabila kita terbabit dalam kemalangan ke, atau ada kenderaan lain yang kemalangan di depan mata kita, kena rompak ke dsb. Kamera ini akan merakamkan setiap detik bermula kita start sahaja enjin sehingga kita matikan enjin. Semuanya akan dirakamkan secara automatik. Kiranya mcm dirumah kita ada cctv yang memantau rumah kita. Di kenderaan kita ada dash kamera. Benda nie dah lama diwajibkan pemasangan dash kamera bagi sesetengah negara di korea dan russia. Cuma Malaysia je ketinggalan dan tidak diwajibkan penggunaan benda nie. Tapi bagi aku apala salahnya kalau kita berkorban sedikit duit bagi masa depan kita jugak sekiranya berlaku kemalangan. Kita dapat gunakan bukti ini untuk diserah dan dirujuk kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini ke atas kita. 

     Di pasaran Malaysia sekarang ini terdapat pelbagai jenis dash kamera yang mempunyai pelbagai variasi dan kualiti. Lingkungan harga dari rm40 hingga mencecah beratus ringgit. Dash kamera aku nie pun hanya berharga rm65 + rm20 untuk pos laju. Tetapi kualiti kamera tidaklah secantik dan se HD kamera yang mahal. Tapi cukuplah sekadar boleh merakamkan detik-detik penting. Yang penting masih jelas rakaman yang dibuat.

# Ini adalah contoh rakaman vedio dash cam accident yang diambil dari youtube. Disitu korang boleh nilai betapa pentingnya kamera dash ini. http://www.youtube.com/watch?v=gRWtf0000e0
# Dan ini pula adalah contoh rakaman yang diambil menggunakan dash kamera yang baru sahaja aku pasangkan pada my cik ira ku ini  http://www.youtube.com/watch?v=gZzLRF_bseQ&feature=youtu.be