Mengikut saksi kejadian, mereka mengatakan bahawa lori yang dipandu oleh warga cina dipercayai dipandu dengan laju sebelum tayar depan lori meletup lalu menggesel sebuah kereta jenis toyota Altis yang cuba memotong lori berkenaan yang dipandu oleh Superitendan Hashim. Lori berkenaan hilang kawalan lalu merempuh palang tengah di tengah lebuhraya lalu masuk di laluan bertentangan dan akhirnya jatuh keatas rumah yang kami duduki.
Semasa kejadian seorang warga emas yang membawa motosikal maut selepas dirempuh lori treler terbabit dan terperosok di belakang rumah. Mari kita sedekahkah bacaan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga Allah merahmati arwah pakcik tersebut.
Walaubagaimanapun, renteten peristiwa yang Allah S.W.T susun sangatlah cantik dan menyentuh kalbuku. Kerana jika hendak diikutkan sewaktu kejadian keluargaku yang baru habis berniaga kebiasaannya berada dirumah pada ketika itu. Ibuku dan adik-adikku yang baru balik dari berniaga di Selayang masing2 sampai dirumah dan keluar dari rumah untuk mencari barang untuk berniaga (ibu), adik2 keluar untuk bertemu rakan dan sebagainya. Manakala adik lelakiku yang keempat pula ditukarkan syif kerja dari waktu petang ke pagi. Jadi semasa kejadian dia tiada di rumah. Manakala adik perempuaku pula pada semalam sebelum kejadian dia tidak ke sekolah kerana ponteng. Namun pada pagi hari kejadian dia tergerak hati untuk ke sekolah. Ayahku pula berasa berat hati untuk pulang ke rumah selepas berniaga lalu mengambil keputusan untuk ke kebunnya di Selayang. Bersyukur sangat2 kerana semuanya selamat. Biarlah harta tergadai. Yang penting keluargaku selamat sejahtera. Itu doaku.. Amin.
#Terima kasih Allah selamatkan keluargaku daripada kejadian maut ini.
No comments:
Post a Comment